fuhh fuhh *sambil lap habuk. sepuluh inci dah tebal habuk .. punya lah lama tak update blog ni.. bukan tiada masa tapi tiada kesempatan :D
oke la. kali ni I wanna talk about ANAK TERBUANG. Nak cerita pasal anak siapa ni? Siapa buang anak?? Kenapa anak terbuang??
actually saya menganggap BUKU adalah sebagai anak2 saya. Yang perlu di sayangi, di jaga, di belai, dan di manjakan.*macam mana nak manjakan buku. Saya pun tak tahu.
Bila cakap pasal buku, saya teringat seorang kawan yang menganggap membaca buku adalah satu perkara yang membuang masa baginya. Katanya "aku takda masa la nak baca buku, rasa mcam membazir je kalau duduk baca buku, daripada aku baca buku baik masa tu aku guna untuk tido ke, buat asgment ke." Lebih kurang mcam tu la dia cakap. Dan yang peliknya dia sendiri mengaku yang walaupun buku tu berguna untuk dia, dia tetap akan merasa masa yang dia guna untuk membaca tu telah terbazir. Aneh
ok now Back to our story, actully nak cakap pasal buku yang hampir dua tahun telah menjadi anak saya namun belum habis terbelai. Why?? Sebabnya adalah kerana saya selalu menganak tirikan buku tersebut.
Dua buah buku ni saya beli serentak semasa lawatan ke Kuala Lumpur beberapa tahun lalu namun sehingga sekarang masih belum habis menerjemah maksud tersirat bait2 ayat mereka. Bukan kerana ayat yang mereka guna terlalu sukar untuk di fahami atau buku ini membosankan tetapi hal ini kerana saya sering meletak buku ini sebagai buku yang akan saya baca dikala sudah tiada lagi buku untuk saya baca. kerana buku ini nipis dan mudah di bawa ke mana2. Malangnya dikala sudah tiada buku untuk dibaca, bukan buku ini yang terpilih untuk dibaca, sebaliknya majalah di kedai yang menjadi target. Kahsihan. Sudahlah di anak tirikan, lalu menjadi anak terbuang pula. Tetapi saya akan tetap berusaha untuk terus membelai dan memanjakan buku ini semampu saya.
Namun dalam buku tersebut mmg diakui terdapat beberapa bab yang agak payah untuk memahami maksud yang ingin di sampaikan. We need a critical thinking to digest.
IGTG so sampai sini sahaja lah cerita kali ini. *curi masa buat asgment untuk update blog. mmg best student la kan..
ASSALAMUALAIKUM
