Wednesday, March 21, 2012

Murah Si Pemurah

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu yang Allah pinjamkn untuk tatapan kita semua.
Perkongsian saya pada kali ini adalah dari majalah Gen-Q isu 7 dengan tajuk MURAH SI PEMURAH. teks oleh M. SHAKARIA MENHURI.
Apa yang menarik tentang artikel itu ialah tentang BULUH.. Ada pa dengan buluh? kenapa dengan buluh? apa kaitan murah dan pemurah dengan buluh? Here the story begin..
Pernahkah kita mengenang nasib si buluh? Tumbuhan yang hebat di cipta Yang Maha Hebat. Tumbuhan yang membanting aur agar banting tidak runtuh, nelayan sungai lebih selesa membina jeti dengan rumpunan buluh. Buluh tumbuhnya tidak melata-kemas dalam rumpunan. Beranting halus tidak berdahan-berdaun tirus. Tumbuhnya tegap lurus-lentur di buai angin. Teduhan rumpunan ini lapang, jarang untuk di temui hutan buluh dipenihi semak tumbuhan renek. Batangnya berongga dan beruas-ruas, menjadikan batangnya kukuh dan tidak patah-putus seperti dahan kayu. Lihat pula manfaatnya.Dari rebung lagi digulai masak lemak bersama perut lembu. Batangnya manusia manfaatkan habis-habisan untuk membuat rakit, pangkin yang nyaman, pondok-dangau,tiang,para, dibelah, diketuk, dihampar menjadi dinding dan lantai. Tidak kurang juga yang mencari rezeki dengan menggunakan buluh seperti membuat kraf tangan.
Namun berapakah nilainya? adakah semahal Jati, Cengkal, Nyatuh atau percuma?? kalau lemang sudah tentulah mahal pulut dari buluhnya. kelapa muda yang jatuh dikait, kita nikmati penuh selera, sudahnya galahnya kemana?
Kita terlalu gelojoh hingga terlupa untuk bersyukur akan nikmat Allah melalui buluhbuluh ini. Hidupnya tidak menyusahkan hidupan lain malah terlalu banyak memberi manfaat. Kita manusia harus hidup berjasa seperti buluh ini. Nilai jasa kita itu biarlah Allah yang menghitung kelak. Ya Allah masukkanlah kami dalam golongan hamba-Mu yang bersyukur dengan sedikit dari nikmat-Mu, amin..
*teks diambil dari majalah. hanya ringkasan untuk berkongsi
 ASSALAMUALAIKUM

Friday, March 2, 2012

Konspirasii


Konspirasi... Setiap konspirasi tu mesti wujud kontrovesi.. Yeke..??
I hve no idea for it.. Oke just forget it... Post kali ni nak story pasal buku yg baru saya beli yang bertajuk RAHSIA SIMBOL YAHUDI.. Apa yg membuatkn saya tertarik nak beli adalah untuk menyelam di setiap maksud simbolsimbol yang digunakn yahudi, contohnya seperti simbol freemason, peace walt disney dan mcammcam agy lah.. Banyak jugak benda yang saya tak tahu sama ada saya yang xpernah nak ambil tahu atau saya dah ketinggalan zaman sebenarnya...
First chapter buku ne crite pasal agama judais iaitu agama bagi bangsa yahudi.. Lepas tu masuk cerita pasal simbol singa judah..bagi israel mereka menganggap watak singa adalah lambang keberanian kepada anak Nabi Yaakup iaitu Judah bin Yaakup. Simbol singa di ambil sebagai simbol keberanian Judah kerana sifat singa yang garang, tangkas dan mgauman yang kuat. Menurut lagenda Bani Israel, pada zamn dahulu, singa telah menjadi pengawal di pintupintu kuil Yahudi atau Holy Ark yang terletak di Palestin. Simbol ini amat bermakna dalam kehidupan Bani Israel. Menjadi satu kewajipan memuja simbol singa dalam upacara keagamaan yang mereka lakukan, amalan ini masih wujus sehinggalah sekarang. Simbol singa juga mempengaruhi masyarakat Yahudi di dalam penentuan simbol tarikhtarikh kelahiran. Ini dapat di lihat dalam sistem kelander Yahudi malah Gregorian sekalipun, kita boleh lihat berbagai jenis binatang bagi melambangkan sifat kelahiran seseorang seperti logo Leo, Ccorpio, Taurus dan sebagainye lah... Haaaa ader sesiape yg percaye pada ramalan tarikhtarikh kelahiran tu ker??
Lagi lambang singa yang mudah kita jumpa adalah pada setiap permulaan DVD ataw pangung wayang terutamanya ofcoz la movie luat negara... Terdapat gambar singa mengaun yang di gunakan oleh syarikat Metro-Goldwyn-Mayer. Pengasas bagi syarikat MGM ne ada 3 org dan ketigatiganya berbangsa yahudi, jadi x mustahil la kenapa mereka menggunakan lambang singa mengaum sebagai trade mark syarikat mereka... Lepas ne klw tgk movie cuba perhatiakn, tapi x semua movie ader lambang ne sbb sekarang kn dah byk syarikat perfileman kat oversea tu.. Klw bernasib baik jumpa la tuu..
Dan satu lagi yang boleh kita lihat lambang singa ne adalah pada logo EPL .Bagi peminat bola perasan x gambar singa judah pada logo EPL tu, bagi yang x minat bola pon mesti pernah tgk logo EPL tu kan.. Mmg bute la klw x nampak gambar singa kat logo tu sbb dah terang lagi bersuloh ada gambar singa tuu..
oke dah penat.
ASSALAMUALAIKUM :)